Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

Safee diintai kelab luar (Sinar Harian Online)




PENJARING terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali kini dilaporkan menjadi buruan kelab luar yang ingin mendapatkan khidmatnya berikutan persembahan menakjubkan di pentas antarabangsa bersama skuad bola sepak kebangsaan.

Pada kejohanan itu, nama Safee menjadi tumpuan peminat dan media asing setelah meledak dua gol penting termasuk satu gol pemusnah yang memadamkan sisa kebangkitan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir kedua, Rabu lalu.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menafikan perkara itu namun menegaskan penyerang Selangor itu masih memiliki kontrak bersama majikannnya musim ini.

“Saya akui banyak kelab luar yang menunjukkan minat ingin mendapatkan beliau lebih-lebih lagi prestasi gemilangnya bersama skaud kebangsaan baru-baru ini.

“Sekurang-kurangnya, terdapat satu kelab terkemuka dari Vietnam dan tiga dari Indonesia yang sanggup membeli kontrak Safee. Malah, presiden kelab berkenaan sendiri menghubungi saya yang mahukan khidmatnya.

“Dan beliau seakan rasa tidak percaya dengan tawaran yang terhidang itu.

“Namun, Safee masih memiliki kontrak bersama Selangor dan mereka mungkin perlu membayar jumlah yang besar sebelum kami melepaskan beliau,” katanya.

Hamidin juga terharu apabila Safee berjaya menarik perhatian kelab luar dari Malaysia dan ingin melihat beliau beraksi di luar negara.

“Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab luar, tapi saya mahu beliau bersungguh-sungguh nak pergi (bermain di luar negara).

“Sekarang ini, Safee sedang mengikuti kem latihan pemanas badan bersama Selangor di Perth,Australia.

“Kita perlu tunggu dia kembali semula ke tanah air sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...