Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Rusa tekad pastikan sejarah baru (Harian Metro Online)

SELEPAS membuat persiapan rapi bermula pertengahan November lalu, Negeri Sembilan (NS) sedia berdepan cabaran dan memburu kejuaraan pada aksi pembukaan saingan Liga Super menentang Harimau Muda A, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu ini.

Nada meyakinkan itu disuarakan pertahanan pasukan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang mengaku pemain NS berada pada tahap terbaik dari semua aspek sama ada fizikal mahupun mental untuk memulakan aksi pada saingan berprestij itu.

Dia yang sudah pulih daripada kecederaan dan bersedia disenarai dalam kesebelasan utama yakin skuad Hobin Jang Hobin bimbingan Wan Jamak Wan Hassan kali ini bakal tampil dengan persembahan lebih meyakinkan selepas diperkuat ramai pemain kebangsaan dan berpengalaman termasuk tujuh pemain baru dibawa masuk bagi menggalas cabaran musim ini.

“Sebagai antara pemain yang sudah lama bersama NS, saya dapat rasakan persiapan kali ini jauh lebih baik dan yakin kami mampu melangkah lebih jauh untuk memenuhi sasaran ditetapkan.

“Kehadiran ramai pemain berprestasi seperti Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Marlias, Ahmad Fakhri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan G Mahathevan selain Mohd Shukor Adan, Idris Karim dan beberapa pemain lain meletakkan pasukan kali ini berada pada tahap lebih berwibawa untuk melakar kejayaan.

“Walaupun cabaran yang bakal dilalui lebih mencabar, kami mampu mengharunginya dengan lebih menyakinkan untuk mencipta prestasi lebih baik daripada musim lalu,” katanya.

Katanya, lima kemenangan, dua seri dan sekali tewas daripada lapan perlawanan pemanas badan membuktikan kemantapan NS yang meletakkan sasaran untuk merangkul tiga kejuaraan.

“Saya berazam memberikan persembahan lebih baik dan bertekad memastikan sejarah baru NS dicipta musim ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...