Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Rombak strategi, tonggak utama ‘direhatkan’ (Sinar Harian Online)


KEDAH sedikit ‘gelisah’ untuk menyahut cabaran awal Liga Super Sabtu ini setelah beberapa tonggak utamanya mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu.

Pengurusnya, Datuk Khazali Din berkata, pihaknya terpaksa membuat sedikit perubahan dalam sistem pentadbiran pasukan untuk memastikan ketiadaan pemain terbabit tidak menjejaskan prestasi mereka.

“Kita susun semula sistem pentadbiran untuk melahirkan skuad lebih mantap kerana sasaran kita adalah untuk merangkul tiga piala dalam saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya dan bandar selamat, semalam.

Menurutnya, pembaharuan diperkenalkan tahun ini adalah untuk mengumpulkan pemain bukan sahaja ketika sesi latihan pada sebelah pagi dan petang setiap hari, tetapi turut berada bersama sepanjang hari.

Menurutnya, antara yang terlibat dalam program penyusunan itu ialah jurulatih, penolong jurulatih dan pemain

“Pemain menyambut baik peruba-han ini dan sudah pun dijelaskan mengenai hasrat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menjulang semula tiga piala yang pernah dimenangi, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya.

Mengenai pembukaan Liga Super musim ini di mana Kedah akan bertemu pasukan T-Team Sabtu ini, Khazali mengakui, pasukan Kenari seakan sedikit pincang kerana ramai pemain mengalami kecederaan terutama di bahagian serangan.

“Kita akan berdepan dengan situasi agak sukar kerana T-Team antara pasukan paling kuat musim ini. Saya harap pemain yang ada dapat pastikan kemenangan pada perlawanan pertama musim ini di Stadium Darul Aman,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...