Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 10, 2011

Robben kembali temui sentuhan

Arjen Robben

MUNICH: Pemain sayap Belanda, Arjen Robben menamatkan penantian panjang 231 hari kerana kecederaan hamstring dengan membantu Bayern Munich menewaskan kelab Al-Wakrah 4-0 pada satu perlawanan persahabatan di Doha, kelmarin.

Robben bermain pada babak pertama sebelum dikeluarkan kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas kali terakhir beraksi untuk kelab itu menentang Inter Milan pada Liga Juara-Juara, Mei tahun lalu.

Dia turut beraksi pada final Piala Dunia ketika Belanda tewas kepada Sepanyol.

Bayern cuba mendapatkan ganti rugi daripada Persekutuan Bola Sepak Belanda selepas pemain terbaik Bundesliga tahun lalu itu tidak cergas pada awal musim apabila pulang daripada tugasan Piala Dunia.

Sebahagian daripada pampasan itu adalah perlawanan antara skuad kebangsaan Belanda dengan Bayern dengan kelab Jerman itu mendapat semua pendapatan daripada perlawanan berkenaan.

Robben berharap akan cergas untuk perlawanan pertama Bayern selepas cuti musim sejuk menentang Wolfsburg pada 15 Januari. - AFP

--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...