Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 17, 2011

Red Warriors tunggu tajaan ‘besar’ (Utusan Malaysia Online)

BANGI – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengumumkan tajaan baru bernilai kira-kira RM2juta kepada pasukan Red Warriors dalam beberapa akan datang, tetapi tidak mendedahkan siapakah penaja tersebut.

Tajaan terbaru itu pastinya memberikan suntikan semangat kepada juara Piala Malaysia itu menjelang musim baru Liga Super yang akan membuka tirai pada 29 Januari depan.

KAFA kini juga mempunyai tajaan daripada Yusmira, Sinar Harian dan terbaru Al-Jabbar.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai butiran penaja baru, enggan memberi bayangan syarikat manakah yang dimaksudkan, namun sekadar berkata rundingan masih dijalankan.

“Perkara itu akan diumumkan kelak,” jawabnya selepas merasmikan dua buah Kedai Sukan Al-Jabbar Sports.com di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan Semenyih semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Annuar berkata, Red Warriors kini merupakan jenama berpotensi kerana telah menjana pendapatan lebih RM8 juta untuk tahun ini - satu peningkatan mendadak berbanding d RM170 ribu tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...