Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

The Red Warriors akur keputusan FAM (Kosmo Online)


KHAIRUL FAHMI menerima insentif daripada Nik Aziz sambil diperhatikan Annuar (dua dari kanan) dan Abdul Fatah (kiri).


KETUA Pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi mengakui rakan-rakan sepasukan masih lagi terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan hukuman pengantungan ke atas ketua jurulatih mereka, B. Sathianathan selama enam bulan berkuatkuasa semalam, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh The Red Warriors dalam menghadapi perlawanan pembukaan menentang Selangor bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Walaupun sesi latihan tanpa ketua jurulatih, namun saya dan rakan-rakan tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah bimbingan penolong ketua jurulatih, Hashim Mustafa dan Sidek Samsudin.

"Mungkin ketiadaan jurulatih akan merencatkan sedikit persiapan pasukan, namun kita tidak harus menganggap ia sebagai satu penghalang untuk kita meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan ekoran kejayaan mereka menjuarai Piala Malaysia tahun lalu.

Tambahnya, untuk perlawanan menentang Selangor Sabtu ini, dia mahu rakan-rakanya fokus dan memberikan aksi terbaik pada kempen sulung bagi musim 2011 itu.

"Saya akui mungkin ia memberikan sedikit tekanan buat kami dengan ketiadaan jurulatih, namun saya yakin rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan tersebut."

Dalam pada itu, Mohd. Badri memberitahu untuk perlawanan pembukaan Sabtu ini, Kelantan akan turun tanpa kelibat S.Chanturu yang masih lagi belum pulih daripada kecederaan.

Mengulas mengenai bakal pengganti B. Sathianathan, Mohd. Badri memberitahu dia menyerahkan isu tersebut kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.

Sementara itu, penyerang sensasi Kelantan yang juga pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk perlawanan pertama bertemu Selangor bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih.

"Hasrat saya ialah untuk membantu membawa pulang kejuaraan tersebut dan membuktikan kita tetap bersemangat walaupun tanpa ketua jurulatih," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena