Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Rahsia Khairul selamatkan penalti (Utusan Malaysia Online)


KETUA pasukan Malaysia, Safiq Rahim (memegang trofi) bersama rakan sepasukan dengan Piala Suzuki AFF yang mereka menangi ketika skuad negara disambut dengan penuh meriah oleh ribuan penyokong, sejurus mereka tiba di KLIA, Sepang dari Jakarta, semalam. - Utusan/ASWAD YAHYA


JAKARTA - ''Saya memang sudah jangka Firman Utina akan melakukan sepakan di sebelah kiri. Ini kerana jurulatih, K. Rajagobal awal-awal lagi telah memberitahu saya bahawa dia (Firman) gemar melakukan sepakan di arah itu".

Itu pendedahan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan penalti Firman pada minit ke-19 final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Khairul, yang dikenali sebagai Apek, mengakui dia cukup tenang ketika pemain lawan melakukan penalti, kerana berpegang kepada nasihat Rajagobal.

''Jurulatih telah mengkaji sepakan penalti yang dilakukan oleh Firman dan pemain Indonesia yang lain, ia jelas membantu saya.

''Saya bersyukur kerana agakan saya tepat, sekali gus membantutkan hasrat Indonesia untuk meraih gol awal kerana saya sedar jika mereka berjaya, situasi mungkin berubah dan memberikan mereka lebih semangat untuk bangkit," jelasnya ketika di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, sebelum berangkat pulang ke tanah air, semalam.

Mengenai pancaran laser, Khairul tidak tergugat dengan gangguan psikologi oleh penyokong Indonesia.

''Memang ia sedikit mengganggu penglihatan tetapi mental dan fokus saya tetap kepada perlawanan, walau apa pun yang mereka cuba lakukan.

''Saya sama sekali tidak terfikir akan membuat tindakan untuk meminta perlawanan dihentikan, seperti yang pernah dilakukan oleh penjaga gol Indonesia, Markus Harison,'' katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...