Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 10, 2011

Potong gaji pemain (Harian Metro Online)

BERANG dengan sikap pemain yang tidak mengendahkan soal disiplin, Perak yang sedang membuat persiapan menghadapi kempen Liga M 2011 mengenakan tindakan potongan gaji terhadap seorang pemainnya.

Perkara itu didedahkan pengurus pasukan, Khairul Azwan Datuk Harun ketika berucap kepada pasukan Kejor Yob Kejor dalam perhimpunan bulanan yang diadakan di Ipoh, baru-baru ini.

“Saya tidak bertolak ansur dalam hal-hal salah laku disiplin. Tindakan akan dikenakan mengikut perjanjian dalam kontak. Malah kita sudah mengambil tindakan memotong gaji seorang pemain kerana tidak hadir latihan tanpa sebab,”katanya.

Khairul Azwan yang juga bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kecewa kerana perkara itu masih berlaku walaupun beliau sudah membuat teguran mengenai sebelum ini.

“Apa yang mengecewakan ialah perkara itu berlaku selepas pasukan kembali dari Bangkok. Saya tidak faham kenapa ia berlaku lagi sedangkan saya lihat semangat dan moral pasukan cukup tinggi semasa kami mengadakan perlawawanan di negara jiran itu.

“Jadi biarlah ini menjadi peringatan kepada pemain lain supaya tidak memperkotak-katik pegawai pasukan. Kita tidak mahu elemen ini menjadi barah hingga menyebabkan keruntuhan pasukan,”katanya tetapi enggan mendedahkan identiti pemain itu.

Justeru beliau juga mengingatkan pemain supaya menjaga tingkah laku dan etika kerana mereka juga sentiasa berada dalam ‘perhatian’ pihak tertentu termasuk pihak berkuasa.

“Terus terang saya katakan walaupun tidak bersama pasukan selalu tetapi sentiasa mendapat maklum balas daripada pegawai pasukan serta orang-orang luar termasuk pihak polis.

“Oleh yang demikian saya berharap pemain Perak tidak cuba terbabit dalam gejala tidak diingini serta masalah sosial. Jangan fikir boleh terlepas kerana lambat laun orang akan tahu juga, “ tambahnya.

Katanya, Pafa berusaha menjaga kebajikan pemain dan sehubungan itu berharap mendapat pulangan setimpal dan berbaloi dari pemain Seladang sepanjang kempen musim ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena