Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 7, 2011

Pertukaran posisi berbaloi (Pahang FA)


PERTUKARAN posisi pertahanan kepada tengah ternyata berbaloi apabila Jalaluddin Jaafar dan Zaiza Zainal Abidin berjaya melaksanakan tugas mereka seperti dipersembahkan ketika tiga aksi persahabatan.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh memuji persembahan dua pemain itu yang bukan sekadar mengawal jentera tengah, malah mereka turut menjaringkan gol.

Menurutnya, kemampuan dua pemain berkenaan itu diharap menjadi kekuatan pasukan kerana tidak terlalu bergantung kepada barisan serangan.

“Saya memuji prestasi ditunjukkan mereka dan diharapkan perkembangan positif ini dapat memantapkan pasukan, terutama kemampuan mereka menjaringkan gol,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...