Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 13, 2011

Persib tagih Safee musim 2011/12 (Harian Metro Online)

Datuk Hamidin Mohd Amin

USAHA kelab dari Indonesia, Persib Bandung yang berhasrat mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali adalah bagi menguatkan saingan pasukan itu dalam Liga Super Indonesia (ISL) bagi musim 2011/2012 yang dijangka bermula Jun ini.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengulas mengenai perkembangan terbaru rundingan untuk pemain berusia 26 tahun itu yang berhasrat berhijrah ke negara jiran itu.

“Terdapat kelab yang mahukan khidmat Mohd Safee bulan ini manakala Persib Bandung mahukan dia untuk musim depan kerana saingan ISL musim 2010/2011 hanya berakhir Mei ini.

“Sehingga kini empat kelab dari Indonesia menyatakan minat. Saya sudah mengadakan perjumpaan dengan salah satu kelab itu manakala wakil tiga lagi kelab akan diselesaikan minggu ini.

“Saya tidak meletakkan harga, namun terpulang kepada bayaran yang mereka tawarkan termasuk pampasan kepada pasukan,” katanya.

Beliau berkata, hasil rundingan itu akan dibincangkan dengan Mohd Safee dan dibentangkan kepada mesyuarat Exco FAS.

“Keputusan akhir akan diputuskan Exco FAS sama ada menerima atau menolaknya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Safee yang mempunyai kontrak bersama Selangor hingga akhir tahun ini menyerahkan keputusan kepada FAS demi kebaikan masa depannya.

“Buat masa ini, saya hanya menumpukan perhatian memberikan yang terbaik untuk Selangor,” katanya yang muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu dengan lima gol.

Persembahannya yang cemerlang itu membantu Malaysia menamatkan penantian 14 tahun untuk menjulang Piala Suzuki AFF.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...