Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 6, 2011

Persiapan tak mantap (Harian Metro Online)

PERSIAPAN Johor FC menghadapi kancah saingan Liga Super bermula Januari ini tampak belum mantap akibat dibelenggu kecederaan beberapa tonggak.

Jurulatih skuad Lebah, Azuan Zain (gambar kecil) mengakui kesebelasan utama diidamkan sebelum saingan liga elit domestik bermula masih tiada dalam senarai memaksanya bergantung kepada barisan muda mengharungi setiap perlawanan persahabatan.

Katanya, benteng pertahanan tampak rapuh dengan ketiadaan Mohd Hamzani Omar, Mat Saiful Mohamad, Mohd Izuan Jarudin yang masih cedera. Begitu juga pemain baru dari Johor, Mohd Irfan Abd Ghani.

“Ketika aksi menentang Negeri Sembilan kelmarin, kami tewas 2-0 dan gol dijaringkan lawan berpunca kesilapan benteng pertahanan. Saya tidak panik kerana ada masa memperbaiki kelemahan itu.

“Selepas mengharungi enam perlawanan persahabatan, kami menang tiga, menewaskan Muar FC 4-0, Tentera 2-1, Polis 1-0, seri tanpa jaringan dengan PKNS Selangor dan tewas kepada Pos Malaysia 5-3 dan terbaru, Negeri Sembilan.

“Saya membuat perubahan formasi, bukan saja mempraktikkan 3-5-2 malah 4-4-2 dan ketika menentang Negeri Sembilan, corak 3-4-3 digunakan. Pemain tampak tidak kekok kerana sudah menjalani latihan awal bagi persiapan ketiga-tiga formasi itu,” katanya.

Berhubung penggantungan pengurus pasukan, Faizal Abdullah yang digantung lapan perlawanan dan didenda RM4,000 oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini, Azuan menganggap ia sudah lumrah dan tidak mengganggu persiapan pasukan.

Beliau juga merancang empat lagi aksi persahabatan untuk memantapkan dan mencari pemain terbaik bagi membarisi kesebelasan utama dengan perlawanan menentang kelab Liga Singapura (Liga S), Sengkang Punggol FC di Stadium Pasir Gudang, malam esok.

“Perlawanan itu penting kerana saya ingin lihat kejituan barisan serangan diterajui Shahrizal Saad yang belum memiliki penyudah tajam selain melakukan rombakan kecil di posisi pertahanan,” kata Azuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...