Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Permulaan era Mokhtar Dahari (Utusan Malaysia Online)

TAHNIAH kepada Rajagobal dan pemain-pemain bola sepak Malaysia dan terima kasih sebanyaknya kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana telah berjaya melahirkan wira-wira negara yang telah mengangkat martabat dan maruah negara.

Terus terang saya katakan bahawa kali terakhir saya mengikuti perkembangan bola sepak negara adalah pada era Azizul Abu Haniffa. Selepas itu saya tidak mengikutinya lagi kerana terlalu kecewa dengan persembahan pemain-pemain Malaysia.

Namun sekarang keadaannya telah berubah dan terasa seolah-olah zaman Mokhtar Dahari akan bermula semula. Harap-harap begitulah kerana inilah harapan dan doa setiap rakyat Malaysia selama ini.

Zaman pasukan Malaysia diperkotak-katik oleh negara ASEAN lain terutama Indonesia sepatutnya sudah berakhir apabila kita telah menggengam piala Suzuki.

Negara harus menambahkan lagi pelapis-pelapis untuk masa depan dan amat baik sekali jika sumbangan jurulatih Rajagobal terutama dalam soal latihan dan taktikal dapat ditumpahkan ke Sekolah Sukan dan sekolah-sekolah rendah yang lainnya.

Ia sekaligus dapat meningkatkan mutu dan kepakaran bola sepak anak-anak kita. Seandainya dalam usia yang muda mereka didedahkan dengan mutu permainan yang tinggi maka tidak mustahil apabila dewasa kelak tahap permainan mereka akan menjadi teramat bermutu dan mungkin suatu hari nanti Malaysia boleh melepasi prestasi yang dikecapi negara Jepun dan Korea.

Isham

Segamat, Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...