Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 7, 2011

Perlis mahu buat kejutan (Harian Metro Online)


PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) yakin barisan pemain muda yang bakal menggalas tugas pada saingan Liga Malaysia musim ini mampu memberi saingan sengit, sekali gus memenuhi sasaran menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.

Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berkata, meskipun dibarisi ramai pemain muda cetek pengalaman, beliau tidak menganggap ia sebagai penghalang kepada skuad kendalian Mosthakeen Omar melakukan kejutan pada musim ini.

“Hampir 100 peratus barisan pemain Perlis kali ini pemain muda. Walaupun cetek pengalaman, mereka boleh dikatakan ibarat lebih pantas daripada bola.

“Sebab itulah saya yakin mereka mampu memberikan saingan lebih hebat musim ini.

“Ingatan saya kepada pasukan lain, berhati-hati dengan skuad muda Singa Utara kali ini, silap-silap mereka mampu menewaskan anda,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Astivaaram kelmarin.

Antara barisan pemain muda yang tersenarai pada saingan musim ini termasuklah pemain skuad Piala Presiden, Muhamad Alif Aswat Baharin (pertahanan), Hizbullah Awang (tengah), Muhamad Ezat Emir Harizam (pertahanan) dan Wan Mohamad Syukri Wan Ahmad (penyerang).

Shahidan berkata, pendekatan berisiko PFA untuk mengambil pemain muda adalah bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan beraksi pada tahap tertinggi bola sepak tempatan.

“Jika kami tidak beri peluang kepada mereka, siapa lagi berani lakukan tindakan sama. Kami tetap meletakkan kepercayaan kepada mereka ini meskipun ia berisiko tinggi,” katanya.

Kali terakhir Perlis menjulang Piala Malaysia ialah pada 2006 apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...