Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 14, 2011

Perak masih perlu pemanas badan (Berita Harian Online)

Oleh Ravale Savarinathan
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/14

PENGENDALI Norizan Bakar masih memerlukan beberapa aksi pemanas badan untuk menguji gandingan penyerang bagi memantapkan barisan depan Perak menjelang bermula kempen Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras, 29 Januari ini.

Katanya, gandingan bekas pemain kebangsaan yang baru menyertai skuad Seladang, Akmal Rizal Rakhli dengan beberapa penyerang lain sudah diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan tetapi ia masih belum menampakkan keserasian dan ketajaman yang berkesan.

“Saya ada 28 pemain untuk membina skuad mantap. Semua pemain mempunyai potensi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Saya kini sedang cuba beberapa gandingan baru dan yakin akan dapat pasangan yang paling berkesan dalam baki tiga pemanas badan lagi sebelum bertandang ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui dalam program sehari bergotong royong membaiki rumah keluarga miskin di Parit 22, Sungai Lampam Utara, Sungai Manik, semalam.

Selepas bertungkus lumus di padang, skuad Selatan mengambil baru dengan mendekati peminat menerusi kerja amal dan kemasyarakatan serta menanam semangat cintakan pasukan sendiri.

Antara pemain yang turun padang dalam program dengan kerjasama yayasan Bina Upaya (YBU) Perak itu termasuk Akmal, K Nanthakumar dan Chan Wing Hong.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, aktiviti luar padang itu memberi peluang pemain merehatkan minda dan merapatkan jurang dengan peminat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...