Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 13, 2011

Penyu enggan menangis (Sinar Harian Online)





TERENGGANU yang terkenal dengan jolokon Sang Penyu pastinya bersemangat waja dan tidak rela menangis lagi untuk mengharungi musim baru Liga Super 2011 yang dijadualkan bermula pada 29 Januari depan.

Sekadar menamatkan di tempat ketiga tahun lalu, skuad ‘Peteh Ganu Peteh’ mempunyai hajat besar untuk memperbaiki kedudukan ke tahap lebih membanggakan.

Ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim menyatakan sasaran musim ini semestinya terarah kepada pemburuan Liga Super buat kali pertama sejak 2004.

“Walaupun pasukan lain melaungkan ingin membolot semua piala dipertandingkan, skuad Terengganu tampil merendah diri kali ini.

“Sebagai jurulatih, saya lebih realistik untuk memenangi kejuaraan Liga Super, namun jika mampu menawan gelaran lain, saya anggap sebagai satu bonus,” katanya.

Sementara itu, pasukan Terengganu bakal beraksi pada sebelah petang berikutan keadaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang gagal mencapai tahap minimum 800 lux.

“Kami akan beraksi pada sebelah petang dan tidak menjadi satu masalah kepada kem Terengganu musim ini.

“Lagipun, pemain sudah terbiasa dengan waktu begitu (menjalani latihan sebelah petang),” katanya.

Skuad kendalian Irfan Bakti akan mengadakan satu perlawanan persahabatan bertemu Polis di Kuala Terengganu pada 16 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena