Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Peminat mahu bola sepak raih kejayaan lebih membanggakan

2011/01/01

KISAH pasukan bola sepak negara di Piala Suzuki AFF 2010 umpama satu cerita klasik. Bermula dengan dibaham Sang Garuda 1-5 dan berakhir dengan kemenangan agregat 4-2.

Laluan anak buah pengendali pasukan, K Rajagobal ke mercu kejayaan memenangi pengiktirafan tertinggi bola sepak ASEAN itu penuh ranjau dan berduri. Apakah resipi rahsia kejayaan paling gemilang bola sepak Malaysia tahun ini?

Keunggulan pengurus pasukan mengaktifkan elemen kemanusiaan dalam entiti pemain dan pengurusan, di samping kemampuan pemain mengoptimumkan potensi dan bakat menyerlahkan resipi kejayaan itu.

Apapun, sokongan peminat tempatan menjadi lengkap resipi kejayaan itu dengan kehadiran penyokong yang tidak berbelah-bahagi di stadium serta keprihatinan kerajaan sendiri yang menunjukkan sokongan padu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri duduk bersama rakyat menyaksikan perlawanan kedua Malaysia-Vietnam melalui layar besar di Bukit Bintang dan menghadiah cuti umum berikutan kejayaan itu.

Peminat dan penyokong bola sepak di Malaysia perlu memiliki semangat tinggi dalam menyemarakkan sukan bola sepak negara.

Impian rakyat Malaysia seterusnya ialah melihat pasukan negara unggul di persada bola sepak Asia.

MYLE2838,
Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...