Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 18, 2011

NS enggan terburu-buru (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

NEGERI Sembilan tidak akan terburu-buru menyenaraikan pemain utama kurang cergas bagi mengelak menjadi lebih buruk menjelang bermulanya saingan Liga Malaysia musim ini pada 29 Januari ini.

Setakat ini antara pemain utama skuad itu yang belum cergas 100 peratus ialah pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aidil Zafuan (pertahanan) dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (penyerang) dan penjaga gol, Mohd Farizal Harun. Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, mereka akan disenaraikan dalam barisan utama selepas pulih sepenuhnya.

Menurutnya, setakat ini barisan pemain sedia ada mampu menggalas cabaran pasukan pada saingan membuka tirai menentang Harimau Muda A selepas semua pemain mempamerkan persembahan memuaskan dalam latihan serta perlawanan pemanas badan.

“Daripada tujuh perlawanan persahabatan, kami menang lima, seri satu dan kalah satu. Namun kemenangan perlawanan persahabatan belum menjanjikan kejayaan kerana ia sekadar menilai prestasi dan menguji keyakinan pemain. Tambahan pula kita membawa tujuh pemain baru yang memerlukan masa memantapkan persefahaman antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, saya puas hati dengan kemajuan setakat ini,” katanya.

Antara pemain yang berada dalam senarai utama pasukan itu ialah Mohd Farizal Marlias, Mohd Shukor Adan, Qairul Anuar Roslani, Idris Karim, S Kunalan, Shahurain Abu Samah, Abd Halim Zainal, G Mahathevan, Hairuddin Omar, Ahmad Fakhrani Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan Irwan Fadly Idrus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...