Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

NS dapat laluan mudah (Berita Harian Online)

2011/01/02

TIMBALAN Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (tengah)  melihat  empat piala rebutan Liga M  bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin  Ahmad (kiri) dan Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin  selepas Majlis Undian Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA di MSN, semalam.
TIMBALAN Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (tengah) melihat empat piala rebutan Liga M bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad (kiri) dan Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas Majlis Undian Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA di MSN, semalam.

Juara bertahan berpeluang cerah pertahankan Piala FA

JUARA bertahan Negeri Sembilan berpeluang cerah mempertahankan Piala FA selepas mendapat undian mudah dalam saingan musim ini, bermula 19 Februari depan.

Skuad ‘Hoben Jang Hoben’ yang menewaskan Kedah musim lalu, diberi ‘bye’ dan dijangka melangkah ke suku akhir, sama ada menentang Pos Malaysia atau Kuala Lumpur. Turut diberi ‘bye’ ialah Kedah dan dua semifinalis, Selangor dan Terengganu.

Pada majlis rasmi undian Piala Malaysia 2011 di Dewan Perdana, Bukit Jalil semalam, Negeri Sembilan diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Pos Malaysia, Kuala Lumpur, MP Muar, PKNS, Pahang, Sabah, Polis, Perak, Melaka, Sime Darby FC, Tentera (ATM), Sarawak, USM FC dan Terengganu.

Sebanyak 29 pasukan mengambil bahagian dengan 15 dalam Kumpulan A dan 14 dalam Kumpulan B dengan perlawanan dijalankan secara liga dua pusingan.

Kumpulan B membabitkan Kedah yang bertemu sama ada Perlis ataupun Felda United FC sebelum menghadapi cabaran lebih sukar bertemu Kelantan, T-Team, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Johor FC, Johor, Pulau Pinang, Harimau Muda A, SDM Navy, Harimau Muda B, Melodi Jaya dan Selangor.

Kemuncak perlawanan akhir Piala FA berlangsung 11 Jun.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengadakan undian Liga Super dan Liga Perdana musim depan, membabitkan 14 pasukan dalam Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana.

Begitupun, tarikh bermula Liga Super dan Liga Perdana masih belum diputuskan dan ditentukan selepas perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, 29 Januari ini. – BERNAMA

INFO
Senarai pasukan

Liga Super

Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, KL Felda United FC, Perlis, Pahang, Harimau Muda A, Kedah, T-Team, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Johor FC, Sabah.

Liga Perdana

Polis, Sarawak, Johor, MP Muar, Pos Malaysia, Harimau Muda B, ATM, PKNS, Sime Darby FC, SDM Navy, Pulau Pinang dan USM FC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...