Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 13, 2011

Norizan bentuk skuad Seladang mantap, serasi (Harian Metro Online)

PERAK mengatur tiga perlawanan persahabatan menjelang sepak mula liga Super pada 29 Januari ini dalam usaha jurulatih, Norizan Bakar (gambar) memantap dan memperkemas skuad Seladang.

“Masih banyak kelemahan dan kita mengatur beberapa perlawanan persahabatan lagi, termasuk dengan Perlis dan Kedah bagi menguji keupayaan pemain serta mendapatkan persembahan terbaik mereka.

“Perlawanan ini medan terbaik saya menguji setiap pemain,” kata jurulatih itu.

Perak setakat ini mengadakan enam perlawanan persahabatan, termasuk dua dengan kelab Liga Thailand di Bangkok, Disember lalu dan belum pernah tumpas. Perlawanan terbaru ialah menumpaskan USM 3-2, Sabtu lalu.

Begitupun, Norizan tidak mahu keputusan perlawanan itu dijadikan kayu pengukur kemampuan anak buahnya kerana yang penting pencapaian ketika perlawanan sebenar.

“Keputusan perlawanan bukan matlamat utama. Yang penting ialah bentuk kerjasama dan meningkat persefahaman pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...