Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 17, 2011

Norhafiz sedia galas tugas awal cabaran Rusa (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.cm.my
2011/01/17

PEMAIN pertahanan kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah yang cedera di lutut ketika mewakili skuad kebangsaan dalam kempen Sukan Asia di Guangzhou, November lalu, yakin dapat beraksi lebih awal bersama pasukan barunya, Negeri Sembilan dalam kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011, berbanding jangkaan sebelum ini pada Mac depan.

Keyakinan itu disandarkan berikutan kecederaannya yang semakin pulih, dan beliau sudah memulakan latihan ringan bagi mengembalikan semula tahap kecergasannya, bagi mengharungi Liga M yang bermula 29 Januari ini.

Pengurusan pasukan naib juara Piala Malaysia tahun lalu itu juga mengharapkan sumbangan terbaik daripada pemain berpengalaman itu.

Malah, Norhafiz sendiri mengakui yang dia mempunyai tanggungjawab besar apabila bersetuju menyarung jersi Negeri Sembilan musim ini terutama dalam memenuhi impian pengurusan pasukan untuk melakar kejayaan lebih cemerlang berbanding sebelum ini.

Bekas pemain KL Plus itu berjanji menggalas tanggungjawab yang disandarkan dengan sebaik mungkin dan berazam menggunakan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa bagi menjayakan misi Negeri Sembilan untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA, memenangi trofi Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia.

"Saya akui tanggungjawab yang disandarkan kepada skuad kali ini bukan mudah namun matlamat yang disasarkan itu bukan sesuatu yang mustahil dicapai seperti mana juga kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF.

“Saya yakin melalui persiapan rapi dan kerjasama berpasukan yang tinggi serta komitmen semua pemain, kejayaan pasti mampu dikecapi dan boleh direalisasikan," katanya semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...