Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 17, 2011

Nistelrooy kembali ke pangkuan Real (Harian Metro Online)

MADRID: Jose Mourinho mengalu-alukan kehadiran semula Ruud van Nistelrooy bersama skuad Real Madrid selepas penyerang itu dilapor media Sepanyol bakal berpindah ke kelab La Liga itu.

Van Nistelrooy, 34, meninggalkan Real untuk beraksi dengan kelab Bundesliga, Hamburg SV, Januari lalu selepas meledak 46 gol dalam 68 perlawanan dalam tempoh lebih tiga musim bersama gergasi Sepanyol itu dan kontraknya tamat musim ini.

Real pernah mengeluarkan kenyataan akan mendapatkan penyerang pada musim perpindahan bulan ini bagi menggantikan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang terpaksa berehat empat bulan akibat kecederaan belakang.

“Banyak nama diperkatakan,” kata Mourinho pada sidang media di pusat latihan Real, Valdebebas di Madrid semalam ketika ditanya mengenai bekas pemain antarabangsa Belanda itu.

“Saya gembira jika van Nistelrooy menyertai kami. Kami bersaing bersama di England dan saya mengenalinya di dalam dan luar padang.

“Pasukan ini pasti bertambah baik jika mempunyai seorang lagi penyerang kerana kami kekurangan pemain dan terpaksa mengharungi banyak perlawanan,” kata pengendali dari Portugal itu.

Van Nistelrooy yang turut melakar kejayaan bersama Manchester United adalah tonggak utama Real ketika menjuarai liga pada musim 2007 dan 2008.

Dia yang diminati penyokong Real berpindah ke Hamburg selepas Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo menyertai kelab itu.

Menurut laman web Hamburg (www.hsv.de), dia menjaringkan 10 gol dalam 25 perlawanan Bundesliga dan dijangka berdepan bekas rakan sepasukan di Real, Raul apabila Hamburg menentang Schalke 04.

Real kini dua mata di belakang pendahulu La Liga dan juara bertahan Barcelona selepas 18 perlawanan. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena