Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

Nik Aziz Mahu Kelantan Kekalkan Kecemerlangan Dalam Bola Sepak

KOTA BAHARU, 25 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak yang terbabit dalam bidang bola sepak di Kelantan mengekalkan semangat dan kecemerlangan sehingga membolehkan negeri itu menjadi juara Piala Malaysia musim lepas.

Beliau juga berkata orang ramai harus melihat bola sepak sebagai suatu cabang riadah yang bukan saja boleh menjaga kesihatan dan dijadikan hiburan, malah ia dapat mengubah minda masyarakat ke arah kebaikan.

"Jika permainan bola sepak menjadi suatu bidang permainan dan hiburan semata-mata ia boleh membawa kepada gejala tidak baik, seperti masalah sosial dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada pemain dan pegawai Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kerana kejayaan Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

Hadir sama, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Mengenai sumbangan itu, Nik Aziz berkata, walaupun kecil, ia penting bagi memberi semangat dan dorongan kepada pemain bagi meneruskan kecemerlangan dalam menghadapi liga musim seterusnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...