Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 13, 2011

Musibah rumput, lampu limpah (Harian Metro Online)

EMPAT pasukan termasuk naib juara Liga Super musim lalu, Kelantan antara pasukan yang mungkin terpaksa beraksi di gelanggang berkecuali berikutan masalah rumput padang dan lampu limpah stadium yang tidak mencapai piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selain Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, pasukan Terengganu dan T-Team juga berdepan masalah sama kerana padang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu dilaporkan rosak teruk akibat latihan, botak dan tidak rata selain lampu limpah hanya mencapai 313 lux.

Johor pula yang menggunakan Stadium Tan Sri Hassan Yunos (Larkin) sebagai gelanggang tuan rumah mungkin menggunakan Stadium JCorp di Pasir Gudang.

Enam lagi stadium yang hanya mempunyai masalah lampu limpah iaitu tidak mencapai tahap minimum 800 lux seperti ditetapkan FAM adalah Stadium JCorp (Pasir Gudang), Stadium Perak (Ipoh), Stadium MBPJ (Kelana Jaya), Stadium Likas (Kota Kinabalu), Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Stadium Sarawak di Kuching.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bagi empat pasukan yang mempunyai masalah padang itu mereka mungkin terpaksa bermain di gelanggang terdekat menjelang perlawanan pembukaan Liga Super yang bermula kira-kira dua minggu lagi.

“Berkenaan masalah lampu limpah, secara keseluruhan ia membabitkan 15 pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana serta terpaksa dilangsungkan pada sebelah petang bersama Pulau Pinang yang membuat permintaan tidak bermain pada waktu malam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM, petang semalam.

Hamidin bagaimanapun berkata, sekiranya masalah itu sudah diatasi, pasukan yang bertanggungjawab hendaklah memaklumkan kepada pihaknya untuk pemeriksaan bagi membolehkan mereka kembali bermain di waktu malam.

Perlawanan pembukaan Liga Super berlangsung 29 Januari ini dengan Selangor bertemu Kelantan, bersaing merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam manakal saingan Liga Perdana berlangsung dua hari kemudian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...