Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Mosthakeen dilantik jurulatih baru skuad Singa Utara musim ini (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/04

SELEPAS lebih sebulan berteka-teki siapakah individu yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Yunus Alif selaku ketua jurulatih skuad Liga Super Perlis 2011, akhirnya persoalan itu terjawab kelmarin apabila bekas pemain tengah kebangsaan dan Kedah, Mosthakeen Omar menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Musthakeen, 56, diakui kaya dengan pengalaman selepas dilantik selaku penolong ketua jurulatih kebangsaan kepada Chow Kwai Lam (1990-1991) selepas memulakan kariernya selaku pengendali pasukan sejak 1982 selepas menjadi pemain skuad kebangsaan di antara 1972 dan 1973, selain menyarung jersi Kedah dari 1972 hingga 1981.

Beliau juga adalah bekas ketua jurulatih skuad Piala Razak Kedah yang melahirkan ramai bakat baru bola sepak negara termasuk Radhi Mat Din, Lee Kin Hong, Norazam Ishak dan Karim Pin dan menjadi pembantu kepada Milos Kvacek bagi skuad semi-pro Kedah.
Majlis menandatangani kontrak berlangsung di Hotel Brasmana, Kuala Perlis sempena Majlis Makan Malam Singa Utara bersama Datuk Seri Shahidan (Presiden PFA) dan pemain Liga Malaysia 2011.

Turut menandatangani kontrak ialah pegawai dan pengurusan terdiri daripada Azahar Ahmad, Hamunir Hamzah (penolong pengurus), Azamri Zali (penolong ketua jurulatih), Mohd Amran Omar (jurulatih penjaga gol) dan Aziz Ibrahim (jurulatih kecergasan).

Seramai 24 pemain skuad Liga Super 2011 diketuai kapten, Azmizi Azmi turut menandatangani kontrak bersama-sama pemain, Hairol Fazreen Abu Hassan, Phul Sakh Lum, Mohd Faiz Subri, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin, Mohd Hazwan Zainun, Mohd Amirul Rosli, Muhamad Alif Aswat Baharin, Hisbullah Awang, Muhamad Munawar Shavukat Ali, Samransak Kram, Mohd Farizal Rosli, Mohd Hisyam Mohd Sofi, Hadi Syahmi Hamzah, Mohd Fadly Baharum. Mohd Sany Mat Isa.

Terbabit sama, Syed Mohd Abd Ghafar Syed Amir, Mohamad Rozaidi Abd Rahim, Muhamad Ezat Emir Harizam, Wan Ahmad Syukri Wan Ahmad, Mat Raim Othman, Mohd Hafiszuan Salehuddin, Mohd Hafis Abu Bakar dan Reza Iqrimal Redzawan.

Sementara itu, Mosthakeen yang ditemui berkata, sekalipun Perlis tidak mempunyai bintang musim ini, barisan pemain tetap bersemangat tinggi untuk mengharungi kempen musim baru nanti dengan sasaran untuk membawa pulang satu trofi ke negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...