Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 22, 2011

Milan mara ke suku akhir Piala Itali (Utusan Malaysia Online)

MILAN - AC Milan mengalahkan Bari 3-0 dalam perlawanan Piala Itali, semalam dengan Antonio Cassano tampil buat pertama kali sejak dia menyertai kelab itu daripada Sampdoria.

Zlatan Ibrahimovic dan Alexander Merkel menjaringkan gol pada separuh pertama dan Robinho meledakkan gol ketiga selepas rehat untuk membantu Milan layak ke suku akhir.

Cassano digandingkan bersama Ibrahimovic serta Robinho di bahagian serangan dan pemain itu turut membuka ruang untuk bintang Sweden dan pemain pertahanan, Massimo Oddo sebelum digantikan dengan Andrea Pirlo selepas 65 minit perlawanan berlangsung.

Pertahanan Milan mudah mengawal jentera serangan Bari, tetapi pasukan itu turut mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi Vitalii Kutuzov dan Jose Castillo.

"Bermain dengan Cassano mudah kerana dia merupakan pemain yang bijak. Dia seorang pemain yang bekerja keras dan membuat anda bermain lebih baik,'' kata Robinho.

Ibrahimovic mempunyai peluang pertama pada minit ke-17 tetapi penjaga gol Bari, Daniele Padelli berjaya menolak keluar rembatannya itu.

Dua minit berikutnya, Ibrahimovic sekali lagi berjaya menyusup masuk benteng lawan dari sebelah kiri sebelum dia merembat masuk bola untuk gol pembukaan menewaskan Padelli.

Gol kedua Milan disumbangkan oleh Merkel yang disempurnakan dari jari dekat sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bari turut memiliki peluang terbaik sebelum rehat, tetapi percubaan Kutuzov yang menerima hantaran silang Edgar Alvarez tersasar jauh melepasi palang gol.

Robinho menjaringkan gol ketiga menerusi umpanan Merkel yang dihantar tepat ke arahnya pada minit ke-65. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...