Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

MBI lupus tunggakan hutang stadium PAFA (Utusan Malaysia Online)

IPOH - Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) memutuskan untuk melupuskan hutang sewa penggunaan Stadium Perak oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kira-kira RM800,000 yang tertunggak sejak 2003.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Jawatankuasa Mesyuarat Am MBI, baru-baru ini.

Menurutnya, MBI bagaimanapun mengenakan syarat supaya PAFA menggunakan logo korporat MBI pada jersi pemain skuad Liga Super negeri itu.

"Keputusan ini merupakan bantuan kita kepada PAFA. Ini adalah sumbangan yang dapat kita berikan kepada PAFA, bagi menyelesaikan masalah tunggakan hutang sejak 2003," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan kaunter pandu lalu MBI, semalam.

Dalam pada itu, katanya, MBI telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja menukar lampu limpah Stadium Perak mengikut spesifikasi yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sehubungan itu, katanya, perlawanan venue pasukan 'kejor yob kejor' di Stadium Perak kini boleh dilangsungkan pada sebelah malam, kerana kerja menaik taraf lampu limpah sudah mencapai lebih daripada tahap pencahayaan minimum 800 lux yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...