Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

'Masalah saya belum berakhir' (Berita Harian Online)

2011/01/11

Ancelotti akur masih tertekan walaupun belasah Ipswich 7-0

LONDON: Carlo Ancelotti kembali menyaksikan pasukannya, Chelsea berpesta gol selepas sekian lama kemarau kemenangan - kali ini membelasah Ipswich 7-0, tetapi pengendali dari Itali itu menegaskan: “Saya masih belum terlepas daripada masalah.”

Pengendali skuad bergelar The Blues itu mendakwa, dia masih berada di bawah tekanan walaupun menang besar pada pusingan ketiga Piala FA di Bridge, kelmarin.
Pada pertemuannya dengan pemilik kelab, Roman Abramovich minggu ini, dia berkata: “Saya rasa semua orang mula berasa seronok selepas kemenangan ini, tetapi hakikatnya tiada apa yang berubah.

“Kami perlu meneruskan perjuangan dan mengulangi persembahan sebegini.
Keputusan kali ini memang bagus, tetapi kami tidak boleh terlalu gembira.

“Kami harap tempoh sukar ini akan berlalu, tetapi masih perlu menunggu sebelum dapat mengatakan keadaan sudah pulih.”

Daniel Sturridge dan Frank Lampard masing-masing meledak dua gol untuk mencetus sokongan padu penyokong setia Chelsea yang mula menyanyikan nama Ancelotti sepanjang perlawanan. “Saya gembira mendengar penyokong kembali ceria,” kata Ancelotti.

“Kami perlu sentiasa dekat antara satu sama lain - peminat, pemain dan semua pihak yang menyokong kelab ini.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...