Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 13, 2011

Malaysia Naik Dua Tangga Dalam Ranking FIFA (BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kejayaan Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lepas membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dengan menduduki tangga ke-142 berbanding tangga ke-144 sebelum kejohanan tersebut.

Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan Rabu, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada tahun 1993.

Kedudukan pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) dan negara-negara lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139).

Di peringkat peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara di rantau itu.

Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia selepas dibantu oleh kejayaan mereka merangkul Piala Dunia 2010.

Belanda berada di tangga kedua diikuti Jerman di tangga ketiga daripada kseluruhan 203 negara yang menjadi ahli FIFA.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...