Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Mahu atasi 12 gol (Metro)

SEKALIPUN diletakkan kembali di posisi asal selaku pemain sayap kanan berbanding penyerang utama, musim lalu, pemain muda, Shahurain Abu Samah berazam memberikan persembahan terbaik dan membantu Negeri Sembilan mencapai kejayaan membanggakan pada saingan Liga Malaysia musim ini yang membuka tirainya, 29 Januari ini.

Pemain kelahiran Kajang berusia 24 tahun itu bukan saja mahu meletakkan namanya sebagai penjaring gol malah mahu mengatasi 12 gol pada musim lalu.

“Saya harap matlamat itu tercapai walaupun musim ini saya tidak lagi beraksi di posisi depan tapi sumbangan terbaik tetap diberikan terutama dalam memastikan Negeri Sembilan mencapai kejayaan dan merangkul kejuaraan utama Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

“Saya berazam memberikan persembahan terbaik dan menjanjikan komitmen lebih tinggi bagi membalas kepercayaan pengurusan pasukan yang mengekalkan saya,” katanya semalam.

Musim lalu, terutama pada saingan Piala Malaysia, Shahurain diberikan peranan lebih besar di barisan depan dan berjaya melaksanakan tanggungjawab itu untuk membantu Negeri Sembilan mara ke pentas final.

Menurut Shahurain, selepas menjalani latihan sejak pertengahan November lalu, prestasinya kian meningkat dan bersedia menggalas cabaran pada saingan Liga Super nanti.

Katanya, dia yakin dengan kekuatan Negeri Sembilan musim ini yang membariskan ramai pemain kebangsaan dan berpengalaman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...