Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

Lega (Sinar Harian Online)



TIGA bekas pemain The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose boleh menarik nafas lega setelah keputusan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memihak kepada mereka.

Pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Majlis Kafa menarik diri dan tidak bersama semasa Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain demi keadilan semua pihak memberitahu mesyuarat itu dipengerusikan Timbalannya, Datuk Jeferey Low Han Cha memutuskan ketiga pemain itu tidak melanggar kontrak seperti didakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurut Takiyuddin, notis yang dikeluarkan Kafa kepada tiga bekas pemainnya tidak sah kerana tidak memenuhi Perkara 10.1 dan Perkara 10.2 Perlembagaan Kafa.
“Mengikut Perkara 10.1 persatuan, pasukan perlu memberi notis tiga bulan sebelum tempoh kontrak sebenar tamat.

“Kontrak pemain akan tamat 30 hari selepas perlawanan terakhir mereka. Kita sedia maklum, Kelantan beraksi pada final Piala Malaysia pada 30 Oktober 2010.

“Kafa perlu beri notis kepada tiga pemain mereka sebelum 30 Ogos 2010. Namun, Kafa hanya keluarkan notis itu pada 1 September 2010 dan ini bermakna tidak mencukupi tempoh tiga bulan.

“Manakala, Perkara 10.2 menyatakan setiap pasukan mesti menyatakan terma dan syarat lengkap kepada pemain seperti bayaran gaji dan elaun dan kemudahan.

“Kafa hanya nyatakan terma yang sama seperti kontrak yang sedia ada. Oleh itu, tidak mencukupi kerana Kafa perlu nyatakan berapa tahun, berapa elaun, bonus dan syarat secara terperinci.

“Notis itu tidak sah dan Jawatankuasa Status FAM menolak aduan dibuat Kafa terhadap bekas pemain mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM, semalam.

Keputusan Jawatankuasa Status FAM itu menandakan bahawa ketiga-tiga pemain yang bakal mewakili T’Team musim ini sah beraksi sepanjang kejohanan Liga Malaysia 2011.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...