Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

kuad Seladang perlu diberi perhatian (Sinar Harian Online)





13 pasukan lain bakal memulakan caba-ran pada saingan Liga Super perlu memberikan perhatian kepada pasukan Perak.

Skuad Seladang dibimbing Ketua Jurulatih, Norizan Bakar itu mampu melangkah jauh berdasarkan barisan pemain didaftarkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Nama besar dibawa masuk, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan bekas ketua pasukan Kedah, Shahrulnizam Mustapa.

Akmal Rizal yang mempunyai pe-ngalaman sebagai bekas pemain kebangsaan mampu memberikan doro-ngan dalam mengalas cabaran skuad Skor Yop Skor untuk menghadapi musim 2011.

:Selain Akmal dan Shahrulnizam, Pemain Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Chan Wing Hoong dan Penjaga Gol ATM, Mohd Nasril Mat Nourdin turut ditawarkan menyertai Perak.

Pemain lain ditawarkan Pafa, Mohd Khairi Zainuddin (PKNS), Mohd Syahman Zainuddin (Kuala Lumpur), Harizul Izuan Abdul Rani (T-Team Terengganu), Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa (Perlis) dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie (Harimau Muda).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena