Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 21, 2011

Kim Swee kenal pasti kelemahan (Harian Metro Online)


Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

MASIH banyak perlu diperbaiki skuad Olimpik negara jika mahu merealisasikan impian beraksi di Sukan Olimpik London 2012 selepas tewas 1-2 di tangan Thailand dalam aksi perlawanan persahabatan di Bangkok, semalam.

Walaupun berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan Syahrul Azwari Ibrahim di minit ke-79 selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama, kesilapan mudah benteng negara di penghujung permainan membolehkan skuad Olimpik Thailand memperoleh gol kemenangan.

Jurulatih negara, Ong Kim Swee menuntut anak buahnya yang dibarisi skuad Harimau Muda A itu mengambil iktibar dan segera memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi dua misi mencabar mengharungi Liga Super dan pusingan kelayakan Sukan Olimpik London, bulan depan.

“Ini satu perlawanan yang baik untuk mengenal pasti kelemahan. Kita harus akui Thailand pasukan yang bagus tapi mereka menang atas kesilapan dilakukan pemain negara.

“Skuad negara mampu memberi saingan kepada Thailand dan keputusan dicapai hari ini (semalam) tidak membawa sebarang makna tapi wajar diambil sebagai pengajaran buat semua pemain supaya meningkatkan prestasi.

“Saya tidak mahu kesilapan sebegini diulangi tidak kira ketika dalam saingan Liga Super mahupun pada pusingan kelayakan Olimpik selepas ini,” katanya yang dihubungi Arena Metro.

Skuad negara pulang ke tanah air hari ini dan membuat persiapan bagi menghadapi skuad Olimpik Singapura dalam satu lagi perlawanan persahabatan Isnin ini.

Skuad muda negara itu akan memulakan kempen kelayakan Olimpik London 2012 dengan menanti kunjungan Pakistan pada 23 Februari ini sebelum bertandang ke Karachi bagi perlawanan kedua pada 9 Mac.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...