Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Kijang sembunyi kuku (Harian Metro Online)


SEJAUH mana kekuatan Kelantan yang dikendalikan jurulatih baru Datuk M Karathu kini mencetuskan tanda tanya buat Selangor menjelang pertembungan dua pasukan gergasi itu pada perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.

Kelantan seperti mahu merahsiakan situasi pasukan itu selepas kehilangan pengendali, B Sathianathan yang dikenakan hukuman penggantungan selama enam bulan berkuat kuasa Isnin lalu apabila tidak menghadiri sesi latihan rasmi di Stadium Shah Alam, petang semalam.

Cuma Selangor, selaku tuan rumah turun memanaskan badan pada sesi itu bersama jurulatih, K Devan. Pada sidang media sebelum itu, Kelantan hanya diwakili pengurus, Azman Ibrahim.

Devan yang membimbing Selangor menjuarai Liga Super musim lalu berkata, pasukannya akan menerima padah jika menganggap Kelantan tempang apabila terpaksa menggunakan khidmat jurulatih baru di saat-saat akhir.

“Tak semestinya Selangor ada kelebihan, mungkin pertukaran jurulatih mereka boleh menang. Lihat Liverpool, tukar jurulatih boleh menang,” katanya.

Beliau juga lebih suka mengambil pendekatan merendah diri dengan menyatakan Kelantan mempunyai kelebihan dari segi psikologi apabila rekod pertemuan musim lalu lebih memihak kepada pasukan The Red Warriors itu.

“Kebiasaannya apabila Selangor bertemu Kelantan pastinya sukar, kelebihan pada Kelantan berdasarkan keputusan empat kali pertemuan sebelum ini, kami seri tiga kali dan kalah sekali kepada Kelantan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...