Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

Kijang mungkin tak dibenar lawan Selangor (Harian Metro Online)


SITUASI semakin meruncing untuk Kelantan apabila mungkin berputih mata daripada merebut Piala Sultan Ahmad Shah sekiranya gagal mendaftarkan jurulatih yang mempunyai lesen kejurulatihan A menjelang perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, juara Piala Malaysia 2010 itu tidak memenuhi peraturan pertandingan seperti yang ditetapkan berikutan penggantungan ketua jurulatihnya B Sathianathan.

Menurut Azzuddin ketiadaan jurulatih yang mempunyai lesen kejurulatihan A itu menyebabkan skuad The Red Warriors itu tidak dapat bermain.

“Kafa perlu mendaftar seorang jurulatih yang mempunyai lesen A secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Menurutnya Bab 4.4.1 (i) (a) peraturan pertandingan setiap pasukan diwajibkan untuk mendaftarkan minimum lapan pegawai termasuk ketua jurulatih yang berlesen A.

Ditanya sama ada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) boleh membuat rayuan untuk pengecualian kerana hukuman itu di kuat kuasa beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super 2011, Azzuddin menjelaskan kuasa itu terletak di tangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

Naib juara Liga Super 2010 itu kini terumbang-ambing selepas Jawatankuasa Rayuan FAM pada pagi kelmarin mengekalkan hukuman penggantungan enam bulan ke atas Sathianathan yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan.

Kafa bagaimanapun dilapor sedang giat mencari pengganti Sathianathan dengan bekas pengendali Harimau Muda, Mohd Azraai Khor Abdullah menjadi salah satu calon yang dilaporkan menjadi buruan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...