Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

Kementerian elak timbul pertikaian (Harian Metro Online)

KUALA LUMPUR: Seperti dijanjikan, skuad bola sepak Harimau Malaya yang mengharumkan nama negara dalam Piala Suzuki AFF di Jakarta, Indonesia baru-baru ini akan menerima habuan RM5,000 seorang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, imbuhan RM110,000 diperuntukkan kepada 22 pemain kebangsaan yang berjaya menamatkan kemarau 14 tahun selain mencetuskan fenomena baru arena bola sepak negara.

Menurutnya, walaupun jumlah diberi kementerian dianggap kecil berbanding kejayaan skuad negara menjulang nama Malaysia di rantau ini, keputusan itu bagi mengelak timbul pertikaian.

“Kementerian akan memberi RM5,000 seorang kepada pemain sebagaimana dijanjikan kerana kita tidak mahu ada pihak lain bertanya kenapa sukan lain tak dapat.

“Bola sepak sukan kegemaran rakyat Malaysia dan ia penghargaan istimewa kepada skuad negara. Malah tidak salah jika ada pihak mahu sumbang terus kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Razali berkata, ganjaran itu sama dengan ganjaran diberi kepada anggota pasukan negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...