Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Kemantapan Seladang diuji skuad USM (Harian Metro Online)

PERAK akan bertemu pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam perlawanan persahabatan, Sabtu ini dalam usaha memantapkan lagi kemampuan Seladang menjelang sepak mula Liga Super 2011 pada 29 Januari ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata perlawanan itu akan memberi peluang kepada ketua jurulatih, Norizan Bakar mempertingkatkan persefahaman pasukan serta kemampuan anak buahnya terutama pemain simpanan membentuk pasukan seimbang.

“Kami tidak mahu berlaku jurang besar antara keupayaan pemain simpanan dengan pemain utama pasukan. “Jadi melalui perlawanan persahabatan jurang itu dapat dikecilkan kerana pemain simpanan berpeluang beraksi.

“Bila itu berlaku tidak timbul masalah mencari pengganti seandainya sesuatu berlaku kepada pemain utama nanti kerana siapa sahaja diturunkan mampu memikul tugas diberikan,” katanya.

Khairul yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata setakat ini dia berpuas hati dengan perkembangan pasukan yang turut mendapat pendedahan melalui dua perlawanan persahabatan di Bangkok, baru-baru ini.

“Pasukan berada di atas landasan betul ketika ini dengan pemain menampakkan semangat juang kental dalam latihan dan perlawanan persahabtan yang diadakan.

“Usaha kini sedang dilakukan jurulatih untuk memperbaiki kepincangan dan kelemahan yang dikesan pada pasukan.

“Kami akan mengatur perlawanan persahabatan dari semasa ke semasa bagi mendapat rentak permainan terbaik ,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...