Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi (Kosmo Online)

31/12/2010 8:12pm

KOTA BHARU – Kejayaan pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 cukup membanggakan seluruh keluarga penjaga gol skuad Harimau Malaya itu, Khairul Fahmi Che Mat, 21.

Aksi cemerlangnya pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya terutama bapanya Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan ia sebagai hadiah amat bermakna buat negara.

"Kami semuanya teruja dengan apa yang telah ditunjukkan pada perlawanan akhir itu dan kami sangat berbangga Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) telah berbuat sesuatu untuk negara.

"Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang ada dalam dirinya,” kata Che Mat kepada pemberita di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum perlawanan akhir itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar perlawanan akhir itu akan berpihak kepada negara “dan prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi”.

"Itulah anak saya... baik sebelum beraksi untuk Kelantan, atau untuk negara tidak akan lupa untuk memohon restu daripada keluarga,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena