Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Kelibat Rajagobal 'hantui' Indonesia (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/01/03

TENGKU Abdullah (kiri) belum bercadang menukar Rajagobal ke mana-mana tempat ketika ini.
TENGKU Abdullah (kiri) belum bercadang menukar Rajagobal ke mana-mana tempat ketika ini.

Pengendali sedia sahut cabaran Sukan Sea 2011 di Jakarta

KELIBAT K Rajagobal kemungkinan sekali lagi akan menghantui skuad bola sepak Indonesia di laman mereka sendiri apabila pengendali yang baru memacu skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 bakal ditugaskan ke Sukan Sea 2011 di Jakarta November ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat khas Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

"Saya tidak ada cadangan untuk menukar Rajagobal ke mana-mana tempat buat masa sekarang," titah Tengku Abdullah. "Buat masa sekarang, dia masih kekal memegang jawatannya sebagai pengendali skuad kebangsaan.

"Namun jika pasukan kita (ke Sukan Sea) dibarisi ramai pemain muda, saya mungkin akan memberi tugasan penting untuk dia mengendali pasukan itu sekali lagi."

Dua tahun lalu, Rajagobal mencatat sejarah apabila membawa pulang pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos menerusi skuad pemain mudanya.

Sebelum ini jurulatih Harimau Muda B, Ong Kim Swee dikatakan akan memikul tanggungjawab mempertahan emas di Jakarta pada November tahun ini, tetapi keadaan itu mungkin akan berubah pada bila -bila masa.

Tengku Abdullah bagaimanapun tidak akan mengetepikan Kim Swee, sebaliknya akan memperkukuhkan bari-san pengurusan skuad kebangsaan negara dengan kehadiran jurulatih istimewa, Rajagobal dan Kim Swee.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...