Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Kedah hilang dua tonggak utama (Harian Metro Online)

Azlan Ismail

PASUKAN Kedah beraksi tanpa dua pemain utama, selepas Amar Rohidan (gambar) dan Azlan Ismail disisihkan daripada berdepan T-Team pada perlawanan pembukaan Liga Super musim 2011, Sabtu ini.

Pengurus Kedah, Khazali Din berkata, walaupun kehilangan dua tonggak utama selepas Amar diserang demam campak, ia tidak melemahkan prestasi pasukan.

Katanya, ia disokong prestasi memberangsangkan dipamer anak buahnya pada enam perlawanan ujian lalu, dengan catatan empat seri.

“Kekuatan kita ialah menerusi bekalan pemain simpanan muda yang mampu memikul tugas berat sewaktu ketiadaan pemain utama. Malah, mereka terbukti hebat ketika diberi peluang oleh ketua jurulatih, Ahmad Yusoff pada enam perlawanan ujian lalu.

“Kehilangan Amar dan Azlan amat berat namun kami optimis pemain gantian mampu memastikan pasukan tidak pincang berdepan lawan.

“Lebih-lebih lagi, ini adalah saingan sulung pasukan dan pastinya peluang beraksi di tempat sendiri tidak boleh disia-siakan agar sasaran meraih tiga mata dapat direalisasi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kelebihan dijangka memihak Kedah yang menurunkan hampir seluruh pemain musim lalu dan hanya menyenaraikan tiga pemain baru, Mohd Fauzi Nan, Firdaus Fauzi dan Amar.

“Kemasukan Fauzi mengukuhkan pertahanan yang dibarisi V Thirumurugan, Azmi Muslim dan Mohd Khyril Johari serta bekas penjaga gol kebangsaan Mohd Al Hafiz Hamzah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...