Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Karathu ganti Sathia

TEKA-teki siapa pengganti B Sathianathan akhirnya terjawab selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Datuk M Karathu sebagai pengemudi baru skuad The Red Warriors bermula hari ini.

Annuar berkata, Karathu menandatangi kontrak selama setahun bersama Kafa akan melapor diri kepada Sathia jam 8 pagi, hari ini.

“Saya bersama Sathia dan pengurusan Kafa bersetuju memilih M Karathu sebagai Ketua Jurulatih Kelantan menggantikan Sathia untuk tempoh setahun.

“Kriteria utama pemilihannya kerana pengalamannya luas sebagai jurulatih termasuk pernah mengemudi Kelantan sebelum ini.

“Untuk itu, mudah beliau menyesuaikan diri bersama pasukan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Karathu pernah melatih beberapa pasukan lain antaranya, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, kelab Woodlands Wellington FC (Singapura), selain menjadi Ketua Jurulatih pasukan Sri Lanka sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih.

Sekembali ke Malaysia, beliau terus diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Pada tahun 2009, beliau dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Seladang, namun meletak jawatan penghujung tahun itu setelah gagal mencapai sasaran untuk layak ke peringkat suku akhir kempen Piala Malaysia.

“Sathia sendiri memperakui Karathu individu paling layak untuk meneruskan kesinambungan membawa cabaran pasukan Kijang musim ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kafa masih belum membincangkan nasib Karathu selepas tempoh tamat penggantungan Sathia yang bermula 24 Januari dan berakhir 23 Julai akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena