Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Karathu dilantik jurulatih Kelantan (Berita Harian Online)

2011/01/27

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan segala spekulasi apabila melantik Datuk M Karathu selaku jurulatih baru skuad The Red Warriors bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia, musim ini.

Pelantikan baru itu adalah untuk mengisi kekosongan ditinggalkan B Sathianathan yang terpaksa digugurkan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mengekalkan hukuman asal enam bulan ke atas bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

“Saya terlebih dulu memberitahu Sathia mengenai perkembangan ini kerana mahu jurulatih baru dapat bekerjasama dengannya. Saya membuat keputusan Karathu adalah calon sesuai dan sudah menghubungi bekas jurulatih Perak itu untuk hadir,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemubual dalam satu program bual bicara bola sepak Formasi terbitan Astro Arena, malam tadi.

Beliau juga berkata Karathu akan bertemu skuad negeri, hari ini dan difahamkan akan membimbing pasukan dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010 terpaksa mencari jurulatih baru selepas Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman penggantungan enam bulan ke atas Sathia gara-gara kesalahannya mengkritik jadual perlawanan Liga Super, tahun lalu.

Karathu pernah bersama Kelantan selama semusim pada 1993.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...