Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 7, 2011

'Kami patut juara' (Harian Metro Online)

Helmi Eliza Elias

“BERDASARKAN senarai 19 pemain yang didaftar, kami sepatutnya menjuarai saingan Liga Malaysia musim ini dan bukannya sekadar menjadi pencabar utama,” kata pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din yang melontarkan cabaran itu kepada barisan pemain skuad Kedah.

Menurutnya, kehadiran lima pemain kebangsaan yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 tahun lalu serta dua lagi pemain negeri yang tidak turut serta kerana kecederaan dan sudah digandingkan bersama 12 pemain yang mewakili Kedah sejak beberapa musim lalu, tidak ada sebab mereka tidak boleh menikmati kejayaan di akhir musim ini.

“Kehadiran pemain seperti Amar Rohidan, Sabre Mat Abu, Faizal Abu Bakar, Khairul Helmi Johari, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Azlan Ismail, Fauzi Nan, V Thirumugan, Fauzi Shaari dan Mohd Firdaus Fauzi memastikan kita mampu mencabar mana-mana pasukan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA,” katanya.

Menurutnya, ketua jurulatih, Ahmad Yusoff yang dibantu Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail sudah mengenal pasti kesebelasan utama dan kini menunggu bertemu T-Team di Stadium Darulaman, Alor Setar, 29 Januari ini.

“Selepas melalui tiga perlawanan ujian bertemu PKNS Selangor (1-0), Sarawak (5-0) dan Sime Darby (1-0), barisan pemain muda yang beraksi tanpa lima pemain kebangsaan kemampuan dengan mencatatkan tiga kemenangan dan akan bertemu Perlis esok untuk satu lagi perlawanan persahabatan,” katanya.

Tambahnya, ketika bertemu Perlis di Stadium Darulaman, peminat Kedah berpeluang menyaksikan lima pemain kebangsaan serta Azmi, Azlan dan Baddrol beraksi buat pertama kali dan inilah peluang terbaik Ahmad mengenal pasti kesebelasan utama dan juga kelemahan pasukan.

“Barisan pemain liga simpanan yang diberi peluang beraksi pada perlawanan ujian tidak mengecewakan apabila mempamerkan prestasi yang baik dan mereka masih lagi mempunyai masa meningkatkan lagi prestasi bagi merebut kedudukan dalam kesebelasan utama.

“Apa yang menyenangkan hati saya ialah cabaran bakal dihadapi pemain untuk merebut slot dalam kesebelasan negeri kerana ini memastikan mereka mengekalkan rentak permainan konsisten kerana ramai lagi pemain simpanan mampu mengambil alih tempat mereka,” menurutnya.

Beliau turut berharap kecederaan dialami tiga penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias, Abd Hadi Abd Hamid dan Mohd Al-Hafiz Hamzah pulih menjelang saingan Liga Super bermula hujung bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...