Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

'Kalau mahu boleh bincang' (Berita Harian Online)

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2011/01/01

AKSI hebat Safee (kanan) ketika menentang Indonesia dikatakan menarik minat beberapa kelab di negara berkenaan.
AKSI hebat Safee (kanan) ketika menentang Indonesia dikatakan menarik minat beberapa kelab di negara berkenaan.

Safee hak kami; Belum ada sebarang tawaran: Hamidin

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) menjelaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada kelab Indonesia buat penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Safee Sali biarpun khabar angin bertiup kononnya wakil kelab terbabit berada di tanah air untuk membuat rundingan.

Safee, 26, dikatakan menjadi buruan kelab Sriwijaya selepas meledakkan lima gol dalam laluan skuad kebangsaan menjuarai piala keagungan bola sepak ASEAN itu.
Namun, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan kehadiran wakil kelab Indonesia itu di tanah air, diperkukuhkan dengan pertemuannya dengan penyerang bertubuh sasa itu semalam.

“Ada khabar angin pihak mereka kini berada di Malaysia. Saya juga ada bertanyakan dia (Safee) dan dia memberitahu dia belum lagi didekati mana-mana pihak.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang tawaran,” katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Hamidin lagi, pihaknya tidak akan menghalang hasrat Safee sekiranya dia mahu beralih angin tetapi ia bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
“Kami tidak akan melepaskannya semudah itu. Safee sudah menandatangani kontrak dengan kami. Tetapi kalau nak, kami boleh berbincang. Tawaran yang dikemukakan mesti bagus dan memanfaatkan semua pihak,” katanya.

Persembahan cemerlang skuad negara ke atas republik itu sepanjang final timbal balik yang berakhir Sabtu lalu, turut menyaksikan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha kononnya cuba dipikat Sriwaijaya dan sebuah lagi pasukan Jawa Tengah.

Andai menjadi kenyataan, kedua-dua pemain itu akan mengikut jejak langkah Stanley Bernard Samuel yang berkelana ke Indonesia sebelum kembali ke tanah air untuk beraksi bersama Sabah musim depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...