Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

KAFA mahu pajak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV (Utusan Malaysia Online)

31/12/2010 3:05pm

KOTA BHARU, 31 Dis. - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tawar untuk memajak Stadium Sultan Muhammed ke-IV daripada kerajaan negeri dengan harga RM10 juta bagi tempoh 30 tahun.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu bagi membolehkan persatuan tersebut menaik taraf stadium yang kini berada dalam keadaan daif, bagi membolehkan Kelantan menjadi tuan rumah pada kejohanan bertaraf bintang.

"KAFA tawar untuk memajak stadium ini yang bukan untuk kita ambil sepenuhnya untuk tempoh masa jangka panjang tetapi hanya untuk tempoh 30 tahun demi untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.

"Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan bersetuju, KAFA akan bayar sebanyak RM10 juta dan dalam tempoh itu stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung ke-56 KAFA di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu Annuar diumum menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi manakala jawatan Timbalan Presiden kini dipegang Datuk Afandi Hamzah.

Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah meminta agar perbadanan stadium itu bertindak segera untuk menaik taraf stadium berkenaan yang kini begitu uzur kerana jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan di situ. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...