Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 9, 2011

Kafa lancar keahlian TRW (Sinar Harian Online)

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjadi persatuan bola sepak yang pertama di negara ini mempunyai kelab keahlian yang tersendiri apabila secara rasmi melancarkan keahlian kelab The Red Warriors (TRWC) khusus bagi peminat bola sepak di negeri ini.

Pelancaran kelab keahlian tersebut dilakukan dalam majlis memperkenalkan Pasukan TRW 2011 dan Pelancaran Jersi baru serta Kad Keahlian TRW yang diadakan di KB Mall, Kota Bharu, dua hari lalu.

Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee diberi penghormatan oleh pihak Kafa untuk melancarkan secara rasmi kad keahlian TRWC dalam majlis tersebut.

Sebanyak empat kategori keahlian dibuka iaitu ialah Warriors (RM120), Premium (RM300), Korporat (RM3,000) dan Presiden (RM5,000). Untuk kategori Warriors dan Premium, peminat boleh memilih untuk menjadi ahli selama setengah musim (enam bulan) dengan membayar yuran RM60 (Warriors) dan RM150 (Premium) dan ianya sah sehingga 31 Mei 2011.

Selain itu, peminat juga boleh memilih untuk menjadi ahli semusim sehingga 30 November tahun ini dengan bayaran penuh RM120 (Warriors) dan RM300 (Premium) dan mereka diberi jaminan dapat membeli tiket bagi setiap perlawanan.

Bagi pemegang kad keahlian Warriors, mereka boleh membeli sekeping tiket terbuka manakala pemegang kad keahlian Premium pula dibolehkan membeli sekeping tiket astaka pada satu perlawanan.

Manakala bagi pemegang kad keahlian Korporat dan Presiden, ianya turut dibuka kepada orang perseorangan dan syarikat-syarikat yang ingin bersama-sama membantu pihak Kafa. Pemegang kad ini layak membeli sebanyak lima keping tiket pada satu-satu perlawanan di Kota Bharu.

Setiap pemegang kad keahlian tersebut dijamin boleh mendapatkan tiket perlawanan kerana satu kaunter tiket khas disediakan bagi pemilik keahlian tersebut untuk mendapatkan tiket dengan mudah.

Selain itu, semua pemegang kad ini turut mendapat keistimewaan seperti potongan harga dan rebat daripada syarikat-syarikat yang terpilih yang bersama menjadi rakan kelab TRW ini. Mereka juga boleh menikmati diskaun pembelian produk daripada merchandise Kafa, kafe TRW selain kedai UMBRO.

Pemegang kad keahlian ini turut layak menikmati potongan harga antara 10 hingga 40 peratus daripada beberapa syarikat seperti Percetakan Zulrahim, Percetakan Excel, Rozaimi Optometrist.

Selain itu, turut menjadi rakan syarikat bagi The Red Warriors Club (TRWC) ini ialah Hotel Sabrina Court, Restoran New Horizon, Restoran Sri Chiangmai dan Docnan Industries.

Para pemegang kad ini juga layak mendapat rebet sebanyak RM100 apabila membeli kenderaan keluaran Proton dan Perodua. Antara syarikat Perodua yang menawarkan rebet ini Noble Twin (M) Sdn Bhd (Jalan Semarak, Kuala Lumpur), Winning Auto Sdn Bhd (Pandan Indah, Kuala Lumpur) manakala syarikat Proton pula ialah Seyakin Holding Sdn Bhd (Jalan Semarak, Kuala Lumpur), Ulung Amal Sdn Bhd (Taman Permata, Kuala Lumpur), Biogress Sdn Bhd (Puchong, Selangor) dan Wajar Kuasa Sdn Bhd (Bukit Tinggi, Klang).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena