Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 24, 2011

KAFA dapat tajaan 7 syarikat (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapat suntikan penajaan daripada tujuh buah syarikat tempatan bagi mengukuhkan sumber kewangan mereka dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, tujuh syarikat terbabit ialah Al-Jabbar Group, Yusmira Trading, Sinar Harian, UMRO, Al-Hamra Group, TRW Station Sdn. Bhd serta syarikat prabayar Happy, sebagai rakan penaja rasmi Red Warriors.

"Saya gembira kerana pasukan bola sepak setiap negeri diberi kebebasan untuk mendapatkan tajaan. Jesteru, KAFA amat teruja dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan penaja. Ia akan melonjakkan semangat pasukan Kelantan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Program Penajaan Red Warriors 2011 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, semalam.

Kata Annuar, Happy bukan sahaja bertindak sebagai penaja utama pasukan Kelantan, namun membantu program pembangunan bola sepak di peringkat akan umbi negeri ini.

"Program tersebut merangkumi karnival bola sepak peringkat akar umbi, klinik bola sepak serta aktiviti yang boleh disertai peminat melalui program muat turun, khidmat pesanan ringkas (SMS),'' katanya.

Ditanya mengenai jumlah tajaan yang diterima Red warrios musim ini, Annuar enggan mendedahkannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...