Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Johor FC yakin menang pada aksi pertama (Utusan Malaysia Online)


Azuan Zain (tiga dari kanan) bersalam dengan para pemain Johor FC setelah selesai sesi latihan harian pasukan itu di Kompleks Sukan Bukit Mutiara, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Johor FC yakin mencatat kemenangan sulung pada aksi pembukaan Liga Super 2011 mereka di Stadium JCorp, Pasir Gudang hari ini walaupun lima tonggak utama cedera.

Jurulatihnya, Azuan Zain berkata, antara pemain utama yang terpaksa diketepikan pada perlawanan pembukaan menentang Felda United ialah Izuan Jarudin, Hamzani Omar, Khairul Ismail, Syafuan Riduwan dan Rahman Zabul.

"Kita akan menurunkan barisan pemain simpanan yang mampu untuk menggalas tugas pemain utama dan saya berharap mereka dapat melakukan yang terbaik hari ini.

"Saya berharap para pemain dapat memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri bagi meraih kemenangan sulung.

"Kehadiran bekas pemain Negeri Sembilan, Reezal Zambery Yahya sebagai kapten, saya yakin dia mampu membimbing rakan-rakan lain untuk meraih kemenangan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi latihan di Kompleks Mutiara, semalam.

Azuan berkata, pasukannya mahu memperbaiki kedudukan dalam Liga Super 2011 dengan menyasarkan kedudukan tiga teratas atau lebih baik, ekoran persembahan yang meyakinkan tahun lalu.

Beliau juga berharap Skuad Lebah kendaliannya itu dapat melayakkan diri sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir saingan Piala FA tahun ini.

"Tahun lalu Johor FC tersingkir awal dan tahun ini saya yakin dengan para pemain mampu melakukan yang terbaik dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...