Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 20, 2011

Jangan jadi primadona: Sathia (Sinar Harian Online)




JANGAN jadi primadona! Itu pesanan berbisa Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan kepada anak buahnya menjelang pertemuan Piala Sumbangsih menentang Selangor, 29 Januari ini.

Sathianathan mahu pemain kekal fokus dan tidak dibuai mimpi di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lalu.

Katanya, pemain perlu berusaha keras bagi mengalahkan skuad bimbangan K Devan, seterusnya mengutip tiga mata sulung dalam pertemuan itu nanti.

“Saya harap pemain dapat meningkatkan prestasi dan menyesuaikan diri serta membina keserasian dengan pantas.

“Mengalahkan Selangor bukan misi mudah kerana mereka dibarisi pemain handalan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus mengatakan anak pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan bakal bermain bersama Red Warriors pada pertemuan menentang Red Giants nanti.

“Nicholas cuma datang untuk berlatih bersama kita, dia belum layak menyarung jersi Kelantan.

“Dia masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajarinya,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...