Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Jangan ada alasan: Sathia (Sinar Harian Online)


Jangan ada alasan! Itu pesan B Sathianathan kepada semua pemain setelah perkhidmatannya digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa pada 24 Januari lalu.

Amanat berkenaan disampaikan untuk mengi-ngatkan semua pemain supaya tidak lalai atau berasa sukar kerana pertukaran jurulatih mereka pada saat akhir menjelang Piala Sumbangsih, Sabtu ini.

Menurutnya, apa yang bekas anak buahnya itu boleh lakukan adalah memberikan kerjasama tidak berbelah bahagi untuk jurulatih baru mereka, Datuk M Karathu yang mula menggalas tugasnya, semalam.

“Saya nampak hasil latihan yang bagus dan kemajuan pada pasukan terbabit. Saya hanya mahu mereka mengekalkan kerjasama yang ada.

“Saya berharap supaya mereka dapat memberi kerjasama kepada Karathu dan cuba buat yang terbaik nanti,” katanya.

Selain itu, Sathia juga berharap The Red Warriors mampu menjadi profesional dan mengetepikan semua yang terjadi dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan semua peminat yang menyokong selama ini.

Manakala, bagi soal kejurulatihan, Sathia mengakui, dia ada memberitahu Karathu serba sedikit mengenai kekuatan dan kelemahan seseorang pemain dan apa yang dilakukan oleh mereka sepanjang dua bulan latihan.

Sementara itu, Sathia turut memohon maaf kepada semua pemain dan peminat bola sepak Kelantan di atas kesilapan dilakukannya sehingga dia digantung FAM.

“Saya minta maaf kepada semua penyokong dan pemain Kelantan kerana saya yang menyebabkan perkara ini berlaku, cuma saya berharap supaya semua pemain dapat mengekalkan momentum ketika Piala Malaysia bagi Piala Sumbangsih ini dan Piala FA,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...