Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Harapan kejuaraan Chelsea semakin tergugat


pemain Chelsea, John Terry (kiri) bersaing dengan pemain Aston Villa, Emile Heskey pada perlawanan Liga Perdana England di Stamford Bridge semalam yang berakhir dengan keputusan seri 3-3. - AP


ENGLAND - Harapan Chelsea untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana England, menerima tamparan hebat apabila seri 3-3 dengan Aston Villa, semalam.

Beraksi di laman sendiri di Stamford Bridge ternyata tidak memberi kelebihan kepada tuan rumah, apabila Chelsea lebih banyak diasak ketika melayan kunjungan skuad bimbingan Gerard Houllier.

Malah, luka kekalahan Chelsea 1-3 kepada Arsenal pada perlawanan Isnin lalu, terus memeritkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti dengan keputusan seri semalam.

Pada perlawanan tersebut, Villa lebih banyak melakukan percubaan tepat ke pintu gawang gol tuan rumah, namun Frank Lampard menghadiahkan gol awal Chelsea melalui sepakan penalti pada minit ke-23.

Jaringan awal skuad Blues tidak langsung melemahkan semangat pemain Villa, apabila pasukan pelawat juga dihadiahkan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 empat minit sebelum tamat babak pertama, melalui pemain tengah, Ashley Young .

Villa terus mengatur langkah dengan melakukan lebih kerap melancarkan serangan pada separuh masa kedua, sehingga akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Emile Heskey, bijak memanfaatkan peluang yang diperolehi untuk mendapatkan gol pada minit ke-47, hasil kesilapan pertahanan Chelsea.

Bagaimanapun Chelsea tetap enggan mengaku kalah dan pada minit ke-84 penyerang utama, Didier Drogba berjaya memberikan gol kedua buat pasukannya, sebelum John Terry meledak gol ketiga lima minit kemudian.

Namun, ketika perlawanan dianjak ke masa tambahan, Villa melalui pemain pertahanannya Ciaran Clark, berjaya mengikat Chelsea dengan keputusan 3-3, sekali gus menghancurkan harapan Blues untuk memperoleh kemenangan.

Keputusan itu menyebabkan Chelsea kekal di tempat kelima liga dengan 35 mata melalui 20 perlawanan.

Aksi Chelsea selepas ini ialah bertemu Wolves di Molineux, Rabu ini. - Agensi

--- UTUSAN MAALYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...